HIGHLIGHT NEWS :

SMKSB WISH SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL SMKSB MEMBERS...
AND TO ALL SPM AND STPM CANDIDATES, GOOD LUCK IN YOUR TRIAL EXAM...DO THE BEST FIGHT THE REST...

History


SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah ini berasal daripada kelas-kelas aliran Melayu di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar dan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan untuk pelajar-pelajar perempuan yang mula-mula sekali ditubuhkan di Kedah.
Pada tahun 1964, sekolah ini telah diberi nama "Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan",Alor Setar, selepas dipisahkan daripada Sekolah Menengah Sultanah Asma, walaupun masih menumpang bangunan sekolah tersebut.

Guru besar yang pertama ialah Puan Aishah Hanum Dadameah, PJK, guru-guru pada masa itu seramai 26 orang, sementara pelajarnya berjumlah 625 orang. Jumlah kelas pada masa itu ialah 16 buah kelas. Pada 25 September 1966, sekolah ini telah berpindah ke bangunan barunya sendiri di Jalan Sultanah(Jalan Day)Alor Setar. Reka bentuk bangunan ini adalah berlainan daripada biasa kerana arkiteknya ialah seorang ahli 'Peace Corp' dari Amerika Syarikat.

Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bangunan 2 tingkat mengandungi 16 buah bilik darjah, 2 bilik makmal Sains, sebuah bilik masakan, jahitan, Seni Lukis, Ilmu Alam dan Alat Pandang Dengar. Bangunan asrama boleh memuatkan kira-kira 100 orang murid bersambung dengan kantin sekolah. Alat dan kelengkapan yang disediakan adalah memuaskan. Bagaimanapun bilik-bilik darjah tidak mencukupi dan sekolah terpaksa diadakan 2 sessi.

Pada 26-10-1995, sebuah bangunan baru telah dibina. Rumah guru juga dibina berdekatan dengan bengkel. Dewan sekolah telah siap dibina dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada 24-7-1996.

No comments:

Post a Comment